Friday, 13 July 2012

penantian satu jawapan dan satu pengorbanan.

Salam,, hari ini merupakan hari aku memnantikan satu jawapan mengenai penyakit yang aku hadapi. Tetapi sayang sekali aku tidak mendapatkan jawapan yang aku harap-harapkan. Entahlah, tiba-tiba aku rasa sebak dan sedih. Aku merasakan bahawa hari yang cerah telah lama aku nantikan tidak akan berlaku. Hmm, biarlah. Aku harap walaupn hari yang cerah tiada tetapi masa depan yang cerah pasti ada jika aku berusaha Insyaallah. Mungkin aku terpaksa membekukan harapan dan impian aku untuk melihat wajah keluarga dan insan yang bermakna dalam hidup aku. sedih juga tapi apa boleh buatkan? hari ni juga aku telah membuat satu keputusan yang penting dalam hidupku. Aku terpaksa mengorrbankan perasaan cinta yang sederhana dan pperasaan sayang yang tinggi untuk seorang gadis. Mungkin berat untuk aku melaksanakannya tetapi aku perlu melakukannya. Aku tidak mahu dia berasa serba salah dan menghadapi kesukaran dalam hidupnya seuatu hari nanti apabila terpaksa mendengar dan memuat keputusan untuk menerima atau tidak cinta daripada seorang insan yang kurang sempurna. Biarlah cinta dan kasih sayang aku kepada dia terus hidup dalam hati kecil aku tanpa pengetahuan dia. Walaupun orang lain melihat kecantikan dan kejelitaan dia melalui pancaindera yang dikurnakan oleh Allah tetapi mustahl aku dapat melakukannya. Berlainan dengan aku, aku melihat keindahan yang ada terhadap dirinya melalui hati aku yang telah dikurniakan oleh Allah. Bak orang "hidup ni kalau boleh janganlah menyusahkan orang lain". Jadi keputusan ini mungkin perit bagi aku. Tak apalah asalkan aku tak menyusahkan sesiapa. Mungkin dia pun tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap aku. Berserahlah kepada takdir dan apa yang telah Allah tentukan untuk aku di masa hadapan. Wasalam.

1 comment: