Friday, 13 July 2012

Nota Makroekonomi bab 1




Nota Ekonomi-Makro



Bab 1.



Teori Makroekonomi:

Iaitu kajian ekonomi yang melihat pelbagai kegiatan ekonomi dari pandangan agrigat (Keseluruhan) dan bagaimana ia mempengaruhi tingkat ekonomi.





Pemboleh ubah atau petunjuk makroekonomi:

Iaitu data statistik tentang kegiatan ekonomi yang digunakan sebagai pengukur dalam menilai pencapaian kegiatan ekonomi negara.

 Pemboleh ubah Makroekonomi terdiri daripada:

Pendapatan negara atau keluaran negara.

 Guna tenaga dan pengangguran.

 Inflasi.

 Imbangan pembayaran.

 Pertumbuhan ekonomi



Pendapatan negara atau keluaran negara:

 Iaitu nilai barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara pada sesuatu tahun tertentu.

 Terdapat tiga konsep pendapatan negara atau keluaran negara:

Keluaran negara kasar (KNK) Nominal.

 KNK benar.

 KNK potensi.



 KNK Nominal:

Iaitu pendapatan negara yang dinilai mengikut harga tahun tersebut.

 Misalnya KNK nominal tahun 2011 menunjukkan nilai pendapatan negara yang dikira pada tahun 2011.

 KNK nominal juga disebut sebagai harga pasaran (KNKhp) atau harga semasa.

 KNK nominal meningkat dari tahun ke tahun kerana:

 Kenaikkan jumlah keluaran fizikal.

 Kenaikkan tingkat harga umum.

 Kenaikkan kedua-duanya sekali.



KNK benar:

Iaitu pendapatan negara yang dikira melalui harga asas.

 KNK benar juga disebut sebagai harga tetap.

 KNK benar menunjukkan kenaikkan jumlah keluaran fizikal dari tahun ke tahun.

 Untuk mengira KNK benar, kita perlu mendeflasikan KNK Nominal dengan menggunakan indeks harga.

 Formular KNK benar:

KNK benar tahun T =Indeks harga tahun asas /indeks harga tahun T *KNK nominal tahun T.

Misalnya KNK nominal tahun 2010 iaitu RM350 juta. Indeks harga tahun 2010 ialah 110 dan indeks tahun asas ialah 100.



Soalan:

Hitung KNK benar tahun 2010?

KNK benar tahun T =Indeks harga tahun asas /Indeks harga tahun T *KNK nominal tahun T.

=100/110 *350

KNK benar tahun 2010

=RM318 juta

Pada tahun 2010 KNK nominal ialah 350 juta. Tetapi KNK benar tahun 2010 ialah RM318 juta. Ini menunjukkan KNK nominal lebih tinggi daripada KNK benar kerana berlaku kenaikkan harga pada tahun 2010.

 Jumlah keluaran fizikal yang sebenarnya RM318 juta berdasarkan harga tahun asas.



KNK potensi:

Iaitu KNK yang boleh dicapai oleh sesebuah negara dengan menggunakan semua factor pengeluaran yang ada.

 KNK potensi merupakan pendapatan negara pada tinggkat guna tenaga penuh (Yf).

 KNK potensi sentiasa meningkat dari tahun ke tahun kerana berlaku:

Pertamahan dalam penawaran buruh.

 Pertambahan kemahiran buruh.

 Pertambahan barang modal.

 Kemajuan teknologi.

Ini memboleh negara mengeluarkan lebih banyak barang dan perkhidmatan.

 KNK sebenar merupakan KNK yang sebenarnya dikeluarkan oleh sesebuah negara.

 KNK sebenar dinyatakan dengan mengunakan nilai KNK nominal atau KNK benar.

 KNK sebenar tidak semestinya sama dengan KNK potensi. Iaitu apabila:

KNK potensi lebih besar daripada KNK sebenar menyebabkan berlaku kemelesatan ekonomi.

 KNK potensi lebih kecil daripada KNK sebenar akan menyebabkan berlakunya Inflasi.

 KNK potensi sama dengan KNK sebenar menunjukkan ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh.

Perbezaan antara KNK sebenar dan KNK potensi dinamakan jurang KNK.



Inflasi:

- Iaitu kenaikan tingkat harga umum secara berterusan.



Indeks Harga Pengguna (IHP)

Iaitu indeks harga yang dibina berdasarkan perubahan harga barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh isi rumah seperti makanan, pakaian dan pengangkutan pada suatu tahun tertentu berbanding tahun asas.

 Tahun asas =100 iaitu tahun di mana harganya stabil tidak berlaku inflasi atau kemelesatan ekonomi.



Kadar inflasi:

Iaitu peratus perubahan tingkat harga umum pada tahun tertentu berbanding tahun sebelumnya.

 Kadar inflasi diukur dengan menggunakan indeks harga pengguna.

 Formular kadar inflasi:

(IHP tahun 1 -IHP tahun 0)/IHP tahun 0 *100



Jadual di bawah menunjukkan indeks harga tahun 2007 hingga tahun 2009 dengan tahun 2000 adalah tahun asas.





















Tahun
Indeks harga pengguna
2007
110.4
2008
114.9
2009
117.8



Hitung kadar inflasi pada tahun 2008 dan 2009?

Jawapan:

(Indeks harga pengguna tahun 2008 -indeks harga pengguna tahun 2007/Indeks harga pengguna tahun 2007 *100

=(114.9 -110.4)/110.4 *100

=4.08%

Kadar inflasi tahun 2009:

=(117.8 -114.9)/114.9 *100

=2.52%

Terangkan arah alirannya?

Kadar inflasi menurun dari 4.08% pada tahun 2008 kepada 2.52% tahun 2009

Hitung purata kadar inflasi dari tahun 2007 hingga tahun 2009.

(Indeks harga tahun 2009 -indeks harga tahun 2000)/indeks hargatahun 2000 *100)

=17.8%

Hitung purata kadar inflasi dari tahun 2007 hingga tahun 2009

Purata =(IHP 2009 -IHP 2007)/IHP 2007 *100 /2

Purata =(117.8 -110.4)/110.4 *100 /2

Purata =3.35%



Imbangan pembayaran:

Iaitu satu rekod kewangan yang menunjukkan aliran masuk dan aliran keluar wang dan modal sesebuah negara dengan negara lain pada sesuatu tahun tertentu.

 Imbangan pembayatran lebihan:

Bermaksud aliran masuk wang dan modal ke dalam negara yang melebihi aliran keluar wang dan modal ke negara asing.

Imbangan pembayaran bekurangan (deficit):

Iaitu aliran keluar wang dan modal ke dalam negara.



Pertumbuhan ekonnomi:

Iaitu perkembangan kegiatan kekonomi dari semasa ke semasa menyebabkan keluaran negara benar meningkat berbanding tahun sebelumnya.



Kadar pertumbuhan ekonomi:

Iaitu peratus kenaikkan keluaran negara benar pada satu tahun tertentu berbanding tahun sebelumnya.

 Kadar pertumbuhan ekonomi diukur menggunakan data KDNK benar atau KNK benar.

 Formular kadar pertumbuhan ekonomi:

=(KDNK tahun 1 -KDNK tahun 0)/KDNK tahun 0 *100



Latihan

Jadual dibawah menunjukkan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) benar tahun 2007 hingga tahun 2009.



Tahun
KDNK benar (RM/million)
2007
323.45
2008
340.76
2009
358.45

Hitung kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2008 dan tahun 2009?

Kadar pertumbuhan ekonomi tahun 2008:

=(358.45 -340.76)/340.76*100

=5.19%



Apakah maksud dan mengapa matlamat dasar makroekonomi ingin dicapai sesebuah negara?

Menapai tingkat guna tenaga penuh.

Semua factor pengeluaran telah digunakan sepenuhnya. Kadar pengeangguran kurang 5%. Iaitu pengangguran geseran.

 Matlamat GTP ingin dicapai kerana kegiatan ekonomi akan mengingkat. Kerana penggunaan factor pengeluaran digunakan sepenuhnya.

 Ini menyebabkan keluaran dalam negara meningkat.

 Pertumbuhan ekononi meningkat.

 KNK sebenar sama dengan KNK potensi Menunjukkan GTP tercapai.

Mencapai kestabilan tingkat harga umum:

Kestabilan tingkat harga umum bermaksud Ekonomi menghadapi kenaikkan atau penurunan haraga kurang daripada 4%.

 Matlamat kestabilan tingkat harga umum ingin dicapai kerana ekonomi tidak menghadapi kenaikkan atau penurunan harga yang tinggi.

 Kuasa beli pengguna menjadi lebih stabil.

 Kestabilan harga menyebabkan taraf hidup dan kebajikan masyarakat meningkat.

 Kegiatan ekonomi semakin meningkat kerana inflasi dan kemelesetan kadar bunga dapat dikawal di pasaran.

Untuk meningkakan pertumbuhan ekonomi :

Pertumbuhan ekonomi bermaksud Perkembangan kegiatan ekonomi yang menyebabkan keluaran dalam negara benar semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya.

 Matlamat pertumbuhan ekonomi ingin dicapai kerana kegiatan ekonomi semakin meninggkat.

 Ini akan meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran.

 Perbelanjaan agrigat (AE) dan permintaan agrigat (AD) akan meningkat.

 Pendapatan negara meningkat.

 Taraf hidup dan kebajikan masyarakat juga meningkat.

Membaiki imbangan pembayaran:

- Imbangan pembayaran ialah suatu rekod kewangan yang menunjukkan aliran masuk wang dan modal dan aliran keluar wang dan modal sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh tertentu.

- Matlamat membaiki imbangan pembayaran ingin dicapai kerana pengaliran masuk wang dan modal ke dalam negara melebihi pengaliran wang dan modal ke luar negara.

- Rizab matawang asing akan meningkat.

- Nilai matawang negara semakin kukuh

- Menggalakkan pelaburan asing ke dalam negara.

- Meningkatkan eksport.

- Meningkatkan peluang pekerjaan.

- Kegiatan ekonomi semakin meningkat.

- Imbangan pembayaran semakin kukuh.



Dasar kerajaan untuk mencapai matlamat dasar makroekonomi.

Dasar sebelah permintaan (AD)

- iaitu dasar kerajaan untuk mempengaruhi permintaan agrigat (AD) bertujuan untuk merangsang kegiatan ekonomi untuk mencapai matlamat yang diharapkan.

- Tiga alat dasar sebelah permintaan:

1. Dasar fiskal:

- Iaitu dasar kerajaan  mengubah cukai (T) dan perbelanjaan kerajaan (G) untuk mengatasi masalah ekonomi.

- Semasa kemelesetan ekonomi, pengangguran adalah tinggi.

- Untuk mengatasi masalah tersebut, kerajaan akan turunkan cukai dan naikkan perbelanjaan kerajaan. Ia dinamakan dasar belanjawan mengebang.

- Semasa inflasi kerajaan menikkan cukai dan menurunkan perbelanjaan kerajaan ia dinamakan dasar belanjawan menguncup.

2. Dasar kewangan:

- Iaitu kerajaan mengawal penawaran wang dan kadar bunga melalui bank pusat untuk mengatasi masalah ekonomi.

- Semasa kemelesetan ekonomi dan pengangguran yang tinggi, bank pusat akan menambahkan  penawaran wang dan menurunkan kadar bunga.

- Semasa inflasi, kerajaan akan mengurangkan penawaran wang dan menaikkan kadar bunga. Ia dinamakan dasar kewangan menguncup.

3Kawalan langsung:.

- Kerajaan secara langsung mengawal beberapa kegiatan ekonomi tertentu untuk meningkatkan kecekapan.

- Antaranya:

I. mengawal harga petrol dan desel dengan memberi subsidi.

II. Kawalan pertukaran matawang asing untuk menjaga kestabilan sector luar negeri.

III. Mengawal harga makanan utama di pasaran seperti beras, tepung, susu, ayam dan gula untuk menjamin kebajikan masyarakat.

Ketiga-tiga alat tersebut menyebabkan permintaan agrigat meningkat semasa kemelesetan ekonomi yang menyebabkan keluk (AD) beralih ke kanan.

Semasa inflasi, permintaan agrigat akan berkurang dan keluk (AD) akan beralih ke kiri.

Dasar sebelah penawaran:

Iaitu dasar kerajaan untuk mempengaruhi penawaran agrigat (AS) untuk untuk merangsang kegiatan ekonomi demi mencapai matlamat yang diharapkan.

 Dasar sebelah penawaran terdiri daripada:

Menurunkan cukai pendapatan syarikat

- Ini menyebabkan keupayaan firma menambahkan pelaburan meningkat.

- Penawaran agrigat meningkat dan keluk (AS) berlalih ke kanan.

2. mengurangkan cukai input yang diimport:

- Kos pengeluaran firma berkeurang.

- Daya saing firma meningkat.

- AS meningkat dan keluk AS beralih ke kanan.

3. memberi galakkan fislkal

- iaitu mengurangkan cukai ke atas firma yang menjalankan pelaburan baharu dan pengecualian cukai pelaburan asing.

- Ini mengurangkan kos pengeluaran dan meingkatkan barang modal.

- Oleh itu AS bertambah.

4. Memberi galakkan untuk melakukan penyelidikkan:

- Kerajaan tidak akan mengenakan cukai keuntungan yang digunakan oleh firma untuk menjalankan penyelidikan.

- Kerajaan juga memberi subsidi kepada firma yang menjalankan penyelidikan.

- Kos pengeluaran berkurang dan proktiviti meningkat.

- AS meningkat.

5. Memberi galakkan pelaburan:

- kerajaan akan menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk menggalakkan pelaburan.

- Misalnya, membaiki pentadbiran kerajaan, meningkatkan kemudahan infrastruktur dan dan membenarkan pelabur asing membawa balik keuntungannya.

- Ini membolehkan pelaburan asil meningkat dan AS meningkat.



Paksi X ialah pendapatan negara.

- Paksi Y ialah harga.

 Keluk AD mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.

 Keluk AS mencerun ke atas dari kiri ke kanan.

- Keseimbangan berlaku apabila keluk AD =keluk AS di titik E0 pada harga P0 dan pendapatan negara Y0.

- Semasa kemelesetan ekonomi, dasar sebelah permintaan menyebabkan AD beralih ke kanan harga naik dan pendapatan negara juga naik.

- Kenaikkan pendapatan negara menunjukkan peluang pekerjaan meningkat dan dan pengangguran berkurang.

- Semasa inflasi, keluk AD beralih ke kiri harga turun dan pendapatan negarang berkurang.

 Penurunan harga menunjukkan inflasi berkurang.




1 comment:

  1. Slot machines with jackpots - MapyRO
    Find Slot machines with jackpots 서귀포 출장마사지 and other casino games from MapyRO. 광주광역 출장안마 If you are looking for a good 아산 출장안마 casino for you, you may 원주 출장샵 be interested in 김제 출장마사지

    ReplyDelete