Thursday, 19 July 2012

Risau bertukar cemburu.

Salam,,  jantung berdegup dengan kecang dan hati  berasa resah serta gelisah. Entah kenapa. Mungkin dalam keadaa sekarang ni banyak sangat benda nk kne buat kod. Selalu je ada yang x kne. Hmm,, dua hari lepas aku terpaksa mengadap soalan exam daripada pukul 7.30A.M hingga jam 3.00 P.M. Boleh tahan letih jugalah rasanya. Selepas jawab exam aku tak boleh balik kena stay kat sekolah sebab aku kena pergi sambut majlis ulang tahun. Penting juga majlis tu. Aku telah diarahkan untuk mengetuai bacaan doa dalam majlis tu. Ok la daripada kena buat ucapan. Tahun lepas aku kena buat ucapan alu-aluan depan VIP. Kali ni mengetuai bacaan doa.hehe. Semalam  aku kena pergi Sekolah Menengah Seri Muar untuk teknik menjawab kertas soalan ekonomi peringkat STPM sampai pukul 2.30P.M. Tapi bila aku buka FB jap selepas balik daripada seminar tu tebaca satu status yang buat aku tak senang duduk. Mana taknya insan tu tulis yang dia demam. Entah kenapa perasaan risau menyelubungi diri aku ni. Selepas tu aku mesej dia, sampai sekarang tak reply lagi. Tak apalah. Aku harap dia ok. Aku kena fikir pozitif. Sebab Allah akan bagi mengikut apa yang kita fikirkan. Jadi aku harap dia sentiasa sihat dan kalau dia sakit aku harap Allah sentiasa lindungi  diri insan tu. Tetapi segalanya telah berubah lepas aku baca status dia yang terbaharu bahawa dia rasa gembira sebab ada orang mainkan gitar waktu dia demam. Cemburu juga sebab aku x leh buat dia gembira. Tapi apa boleh buat terima je la.. Serius aku tak pernah rasa perasaan cemberu yang macam ni. Tak suka gak rasa cm ni sakit gak rasanya. wasalam.

Monday, 16 July 2012

Minggu exam.

Salam, jam tepat menunjukkan 4.50A.M Rasanya waktu study aku untuk sesi pagi ni sudah tamat. Tengguklah kalau aku rasa nak sambung dalam perjalanan ke sekolah, mungkin aku sambung rasanya. Hari ni aku akan menduduki exam. Tak de la penting asangat exam yang ni. Tapi kne la juga ready sebab malulah kalau aku kalah ngn member aku nanti. Secara tak langsung aku ready untuk STPM. Seronok gak study sorang2 pagi2 ni. Senang sikit nak masuk ilmu. Harap2 aku dapat buat dengan baik hari ni. Paper pertama aku pada hari ni ialah subjek BM. kalau nak cakap susah tu bolehlah. Tapi selagi x jawab tak tahu susah atau tidak. Semalam ada juga member aku yang tenshen je mukanya. Dua hari pula tu memanjang bengang. Maklumlah time exam macam gini la jadinya.haha. TU je la aku nak tulis. Pagi2 tulis blog pas ni tulis karangan plak nasib.haha. wasalam.:)

Saturday, 14 July 2012

Kisah hari ini

Salam,, hmm, hari ini hidup aku macam biasa. Cuma hari ni agak sibuk jugalah. Saje menyibukkan diri,, malas nak dikenang perkara yang telah berlalu. Sekarang aku kne buat persediaan untuk exam yang bakal menjelang tiba. Bukan setakat hari raya je yang bakal tiba, tapi bagi aku yang sedang menuntut ilmu ni exam terpenting pn bakal tiba.haha. Bab sedih ni aku kne cube lupakan dan tolak tepi dulu. Sebab banyak benda yg lg penting aku kne buat selain melayan perasaan aku ni.hehe. Maklumlah harapan yang besar terletak di bahu aku. Kalau boleh lepas ni aku nk hidup aku sebagai seorang yang berbakti kepada orang lain. Tak kisahlah secara langsung ke atau tidak langsung. Aku harap apa yang aku lakukan dapat buat orang lain bahagia dan gembira. Kalau boleh aku harap senyuman aku dapat buat orang lain gembira kalau dapat melihatnya. Tapi yang senasib ngn aku sorry la.hahaha. Mungkin aku ada cara tesendiri nak buat korang bahagia. Cukuplah jadi golongan yang menyusahkan orang lain. Lepas ni aku akan ubah segalanya. Walaupun aku tahu benda ni tak semudah apa yang aku katakan tetapi aku kne kuat. Selagi ada orang mengharapkan pertolongan aku! selagi itu aku akan tetap ada. Everythink can be ok.haha. Wasalam..

Friday, 13 July 2012

nota makroekonomi bab 2




Jadual 1 dan jadual 2 menunjukkan data KNK dan KDNK Malaysia pada tahun 2005 dan 2006 mengikut kaedah perbelanjaan.



Jadual 1: KNK Malaysia mengikut agrigat permintaan harga semasa (RM juta)

Butiran
2005
2006
Perbelanjaan Awam
64081
64297
Perbelanjaan Swasta
215876
239685
 Pembentukan modal tetap kasar: awam
54570
62061
Pembentukan modal tetap kasar: Swasta
44360
50238
Perubahan Stok
-201
663
Eksport Bersih
116553
126678
Eksport Barang dan Perkhidmatan
611082
678283
Import Barang dan Perkhidmatan
494529
551605
KDNKhp
495239
548422
PFBln
-23908
-22569
KNKhp
471331
523853



Jadual 2: KNK Malaysia Mengikut Permintaan Agrigat Harga Tetap (RM Juta)

Butiran
2005
2006
Perbelanjaan Awam
38286
40628
Perbelanjaan Swasta
131226
140524
Pembentukan Modal Tetap Kasar Awam
38709
42806
Pembentukan Modal Tetap Kasar Swasta
31466
34651
Perubahan Stok
-838
675
Eksport Bersih
23046
17979
Eksport Barang dan Perkhidmatan
317693
42173
Import Barang dan Perkhidmatan
294647
324194
KDNKhp
262175
277263
PFBln
-15965
-14690
KNKhp
246210
262573



Jadual 1 dan jadual 2 berbeza nilainya kerana jadual 1 menggunakan harga semasa, iaitu harga nominal.

Jadual 2 pula menggunakan menggunakan harga tetap, iaitu harga tahun asas pada tahun 1987.

Nilai KDNK dan KNK jadual 1 lebih tinggi daripada jadual 2 menunjukkan bahawa harga semasa tahun 2005 dan 2006 lebih tinggi daripada harga tahun asas pada tahun 1987.





Fakta Penting Dalam Kaedah Perbelanjaan:

- Data KNK dan KDNK tersebut dapat menunjukkan sumbangan setiap perbelanjaan dalam negara daripada KNK dan KDNK.

- Misalnya, dalam jadual 2, perbelanjaan penggunaan isi rumah (penggunaan swasta) meningkat daripada 50.05% kepada 50.68%.

- Hal ini dapat dikira dengan cara berikut:

Tahun 2005 =RM131226 juta/KDNK) X100

Tahun 2006 =(RM140524 juta/KDNK) x100

- Rumus Kaedah Perbelanjaan:

KDNKhp =C + I + G + (X -M) + Perubahan stok

C ialah Penggunaan swasta, iaitu penggunaan isi rumah

I ialah pelaburan swasta

G ialah Penggunaan awam/kerajaan dan pelaburan kerajaan

(X - M) ialah eksport bersih





_____




Kaedah Pendapatan (Bayaran faktor)

- Pendapatan negara dihitung dengan menjumlahkan pendapatan faktor pengeluaran (BTMU) yang digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

- Kaedah ini tidak digunakan di Malaysia.

- Cara penghitungan:

Terdapat 5 jenis pendapatan yang diperoleh melalui faktor pengeluaran dalam ekonomi:

1. Gaji dan upah (Buruh)

- Pendapatan yang diterima oleh buruh, iaitu buruh mahir dan buruh tidak mahir.

2. Sewa (Tanah)

- Pendapatan yang diterima daripada tanah dan bangunan yang digunakan.

3. Bunga (Modal)

- Iaitu pendapatan yang diterima daripada bayaran modal yang digunakan untuk

mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

- Bunga yang dihitung dalam pendapatan negara ialah bunga bersih.

- Bunga bersih =bunga - bunga atas pinjaman penggunaan - bunga atas pinjaman kerajaan

4. Untung (Usahawan)

- Pendapatan yang diterima oleh usahawan.

- Terdapat 3 jenis pendapatan yang diterima:

A. Dividen: Merupakan untung yang dibahagi kepada pemegang saham.

B. Untung tidak dibahagi: Untung yang digunakan untuk membuat pelaburan semula.

C. Cukai keuntungan syarikat



5. Pendapatan perusahaan persendirian

- Pendapatan yang diterima daripada kegiatan yang dijalankan sendiri seperti peniaga kedai runcit, restoran, dan peniaga pasar malam.



- Dengan mencampurkan kelima-lima jenis pendapatan di atas, kita akan memperoleh nilai pendapatan negara, iaitu KNBkf.



Rumus kaedah pendapatan:

KNBkf

=Upah dan gaji

+ Sewa

+ Bunga Bersih

+ Untung

+ Pendapatan Perusahaan Persendirian

-          Data kaedah pendapatan (data rekaan) ditunjukkan dalam jadual di bawah.



Jadual: KNB pada kos faktor (KNBkf) tahun 2006 (RM Juta)

Jenis Pendapatan
Nilai
Gaji dan Upah
128000
Sewa
12000
Bunga Bersih
20000
Keuntungan Syarikat
60000
Dividen
30000
Untung Tidak Dibahagi
12000
Cukai Pendapatan Syarikat
18000
Pendapatan Perusahaan Persendirian
40000
KNBkf
260000



Melalui data pendapatan mengikut kaedah pendapatan, kita boleh mengira:

A.     Pendapatan Persendirian (PP)

B.     Pendapatan Boleh Guna (Yd)



Huraian:

A.     Pendapatan Persendirian (PP)

-          Pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam ekonomi tanpa mengira sama ada:

I.                    Pendapatan yang diterima daripada kegiatan produktif (bekerja).

II.                 Pendapatan daripada kegiatan tidak produktif (tidak bekerja).

-          Tidak semua pendapatan faktor pengeluaran diterima oleh pemilik faktor daripada data pendapatan negara yang dikira melalui kaedah pendapatan.

-          Oleh itu, nilai ini perlu ditolak dengan pendapatan negara, iaitu:

I.                    Caruman KWSP daripada gaji dan upah.

II.                 Untung tidak dibahagi daripada untung.

III.               Cukai keuntungan syarikat daripada untung

-          Individu juga menerima pendapatan daripada kegiatan tidak produktif.

-          Oleh itu, nilai ini perlu dicampurkan dalam pendapatan negara kerana ia merupakan pendapatan individu, iaitu:

I.                    Bunga atas pinjaman kerajaan

II.                 Bunga atas pinjaman penggunaan

III.               Bayaran pindahan: Merupakan pendapatan yang diterima oleh individu tanpa memberi sumbangan kepada keluaran negara. Contoh: pencen kepada pesara, biasiswa kepada pelajar dan bantuan kebajikan kepada golongan miskin.

-          Rumus pendapatan persendirian (PP):



PP =KNBkf

-KWSP

-Untung tidak dibahagi

-Cukai keuntungan syarikat

+Bunga atas pinjaman kerajaan

+Bunga atas pinjaman penggunaan

+Bayaran pindahan

(-3 kali, +3 kali)



Huraian:

B.     Pendapatan Boleh Guna (Yd)

-          Merupakan pendapatan yang boleh dibelanjakan untuk membeli barang dan perkhidmatan (c) dan untuk ditabungkan (S) oleh individu setelah ditolak cukai pendapatan persendirian (T).

-          Rumus pendapatan boleh guna (Yd):

Yd =Pendapatan Persendirian –Cukai Pendapatan Persendirian



_____



Ulang Kaji: Ingat penghitungan kaedah pendapatan negara

1.       Kaedah perbelanjaan

-          Tambahkan perbelanjaan akhir untuk mendapatkan KDNKhp:

C swasta

+C awam (G)

+I swasta

+I awam (G)

+perubahan stok

+Eksport bersih (X - m)

=KDNKhp



Untuk mendapatkan KNKhp:

KDNKhp

+Pendapatan faktor bersih luar negeri (PFBln)

=KNKhp



Untuk mendapatkan KNKkf:

KNKhp

-cukai tak langsung (CTL)

+subsidi (B)

=KNKkf



Untuk mendapatkan KNBkf (pendapatan negara):

KNKkf

-susut nilai

=KNBkf



2.       Kaedah Keluaran:

Cara pengiraan:

Sektor pertama

+Sektor kedua

+Sektor ketiga

-Bayaran perkhidmatan bank

+Cukai import

=KDNKhp



Untuk mendapatkan KNKhp:

KDNKhp

+Pendapatan faktor bersih luar negeri (PFBln)

=KNKhp



Untuk mendapatkan KNKkf:

KNKhp

-cukai tak langsung (CTL)

+subsidi (B)

=KNKkf



Untuk mendapatkan KNBkf (pendapatan negara):

KNKkf

-susut nilai

=KNBkf



3.       Kaedah Pendapatan:

Tambahkan pendapatan faktor:

Gaji dan upah

+Sewa

+Bunga bersih

+Untung

+Pendapatan Perusahaan Persendirian

=KNBkf



Cara pengiraan untuk menapatkan KDNKhp bermula dari KNBkf (Pengiraan terbalik)



KNBkf

+Susut nilai

=KNKkf



KNKkf

+Cukai tak langsung (CTL)

-Subsidi (B)

=KNKhp



KNKhp

-Pendapatan faktor bersih luar negeri (PFBln)

=KDNKhp



__________



Masalah Penghitungan Pendapatan Negara

1.       Masalah pengiraan dua kali:

-          Mengikut kaedah perbelanjaan, kita mengira nilai barang akhir, manakala dalam kaedah keluaran, kita mengira nilai tambah.

-          Tetapi adalah sukar untuk menentukan nilai barang akhir dan barang perantaraan.

-          Jika nilai barang perantaraan dan nilai barang akhir dicampurkan, kita telah membuat pengiraan dua kali.

-          Oleh itu, nilai keluaran negara akan melebihi nilai keluaran negara sebenar.

-          Oleh itu, wujud pengiraan dua kali.



2.       Masalah barang yang tidak dipasarkan:

-          Prinsip penghitungan pendapatan negara hanya mengira kegiatan ekonomi yang produktif dan dipasarkan sahaja.

-          Tetapi terdapat beberapa kegiatan ekonomi produktif yang tidak dipasarkan, iaitu:

A.     Hasil pertanian petani tradisional:

-          Terdapat beberapa kegiatan ppertanian yang tidak dipasarkan dan hanya digunakan sendiri.

-          Misalnya, sebahagian hasil padi yang digunakan sendiri oleh isi rumah atau isi rumah menanam sayur di belakang rumah dan digunakan sendiri.

-          Nilai ini tidak dikira dalam pendapatan negara kerana ia tidak dipasarkan.

B.     Kerja-kerja kebajikan:

-          Aktiviti gotong-royong yang dijalankan merupakan kegiatan produktif tetapi tidak dipasarkan (tidak dibayar).

-          Nilai ini tidak diambil kira dalam pendapatan negara walaupun ia produktif.

C.     Aktiviti haram yang produktif tetapi tidak dipasarkan:

-          Misalnya, aktiviti perjudian dan kegiatan pelacuran.

-          Ia merupakan kegiatan produktif tetapi salah di sisi undang-undang.

-          Oleh itu, ia tidak diambil kira dalam pendapatan negara.

-          Hal ini menyebabkan pendapatan negara yang dikira lebih rendah nilainya daripada nilai sebenar (terkurang anggar).



3.       Masalah menentukan harga:

-          Harga barang berbeza antara satu kawasan dengan kawasan lain dan berbeza antara pasar raya dengan pasar malam.

-          Dalam masa setahun, harga barang yang sama juga sentiasa berubah.

-          Hal ini menimbulkan masalah dalam menentukan harga yang akan dipilih dalam mengira keluaran negara.

-          Misalnya, sukar untuk menentukan harga kelapa sawit dan getah kerana harganya berubah setiap hari.



4.       Masalah barang haram:

-          Terdapat kegiatan haram yang produktif dan dipasarkan tetapi dilarang di sisi undang-undang.

-          Misalnya, kegiatan pelacuran, perjudian, dan pasaran gelap merupakan kegiatan produktif tetapi salah di sisi undang-undang.

-          Oleh itu, ia tidak dikira dalam pendapatan negara.



5.       Masalah pengumpulan data dan maklumat:

-          Tidak semua kegiatan ekonomi direkodkan dengan baik.

-          Sukar untuk mengetahui nilai keluaran yang diwujudkan oleh firma dalam industri.

-          Biasanya, nilai keluaran yang diperoleh hanyalah anggaran yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan.



6.       Masalah perubahan kualiti barang (huraian tidak diberi)



7.       Masalah kenaikan harga barang (huraian tidak diberi)



8.       Masalah menentukan susut nilai (huraian tidak diberi)



_________



Penggunaan Data Pendapatan Negara



1.       Alat pengukur jumlah keluaran pelbagai sektor ekonomi:

-          Mengikut kaedah keluaran, sumbangan setiap sektor ekonomi terhadap KDNK dapat diukur.

-          Misalnya, sumbangan sektor pertama, sektor kedua, dan sektor ketiga.

-          Contoh Rumus: sektor pertama/KDNK x100.

-          Dengan ini, kita dapat mengenal pasti sumbangan sektor yang terbesar kepada negara.

-          Kadar pertumbuhan jumlah keluaran setiap sektor juga dapat diukur.

-          Pengiraan ini dapat menunjukkan sektor yang mengalami pertumbuhan paling pesat berbanding tahun sebelumnya.



2.       Alat mengukur kadar pertumbuhan ekonomi:

-          Hal ini boleh dilakukan dengan menggunakan data pendapatan benar satu tahun tertentu berbanding tahun sebelumnya.

-          Rumus: (KDNK benar tahun1 –KDNK benar tahun0)/KDNK benar tahun0 x100

-          Jika kadar pertumbuhan ekonomi meningkat, bermakna kegiatan ekonomi negara semakin baik.

-          Jika kadar pertumbuhan ekonomi turun, bermakna kegiatan ekonomi negara semakin merosot.

-          Setiap negara berusaha untuk mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi.



3.       Asas untuk membuat perancangan ekonomi:

-          Data pendapatan negara pada masa kini dan masa lepas dapat memberi maklumat penting mengenai ciri-ciri kegiatan ekonomi.

-          Untuk digunakan sebagai asas untuk membuat ramalam dan perancangan ekonomi pada masa depan.

-          Misalnya, ramalan tentang:

A.     Kadar pertumbuhan ekonomi yang akan dicapai pada masa depan.

B.     Membuat ramalan mengenai perkembangan pelaburan dan eksport.

C.     Jangkaan tentang pertambahan guna tenaga.



4.       Alat mengukur taraf hidup:

-          Sekiranya kadar pertambahan penduduk melebihi kadar pertambahan pendapatan per kapita, taraf hidup masyarakat menurun.

-          Jika pendapatan per kapita bertambah lebih banyak daripada kadar pertambahan penduduk, taraf hidup masyarakat meningkat.



5.       Petunjuk perubahan struktur ekonomi:

-          Data pendapatan negara antara dua tempoh masa dapat menunjukkan perubahan struktur ekonomi.

-          Misalnya, data pendapatan negara tahun 1980-an, tahun 1990-an, dan tahun 2000.

-          Daripada data pendapatan negara kaedah keluaran, dapat menunjukkan peratus sumbangan setiap sektor ekonomi dan dapat menunjukkan perubahan struktur ekonomi dalam tempoh masa tersebut, iaitu seperti yang berikut:

A.     Perubahan struktur ekonomi dari sektor pertanian kepada sektor perkilangan.

B.     Dari sektor perkilangan kepada sektor perkhidmatan.

-          Data pendapatan negara kaedah perbelanjaan dapat menunjukkan nilai dan komposisi perbelanjaan agrigat, iaitu peratusan penggunaan isi rumah, perbelanjaan kerajaan, pelaburan, eksport dan import.

-          Ia dapat menunjukkan kepentingan relatif pelbagai perbelanjaan agrigat kepada pendapatan negara.