Friday, 2 December 2011

Mencari perubahan dalam kehidupan.

Salam, hmm kali ini aku ingin berkungsi suka duka dalam kehidupan hidup aku. Sbenarnya terdapat pelbagai pendapat yang aku dengar yang menyatakan "ubahlah diri kita daripada yang buruk kepada yang lebih baik". Untuk pengatahuan anda, ia tidaklah semudah perkataan yang dilafazkan dilidah dan dibicarakan dibibir manusia. Aku cuba mengubah diri aku untuk menjadi seorang insan yang cermelang dari segi pemikiran dan perlakuan. Tetapi dalam perubahan yang aku ingin lakukan, aku terpaksa menghadapi pelbagai dugaan, pelbagai cabaran. Aku terpaksa melalui keadaan suka dan duka yang agak perit untuk aku menerimanya.
Sebenarnya, aku tak kisah perubuhan diri aku berlaku secara evolusi ataupun revolusi. Asalkan aku dapat mencapai satu transfomasi yang cemerlang dalam kehidupan aku sendiri. Tetapi dalam mencapai transfomasi tersebut, terdapat pelbagai cara yang aku telah lakukan. Setiap hari dan setiap saat aku sentiasa mencari inspirasi bagi meningkatkan tahap kejayaan dalam kehidupan aku. Kadangkala benarlah kata orang "bersusah-susahlah dahulu dan bersenang-senanglah kemudian" apa yang dikatakan orang itu adalah benar. Setelah aku mengharungi ranjau kehidupan yang tidak bolehlah kalau aku nak kategorikan sebagai ranjau hidup yang panjang. Tetapi aku boleh katakan ini adalah ranjau hidup yang masih belum sampai penghujungnya. Sedikit sebanyak inspirasi yang telah aku temui dapat mengubah tahap pemikiran dan perlakuan diri aku sendiri. Ini tidak boleh memberi kegembiraan yang panjang bagi aku kerana selepas ini banyak lagi cabaran dan rintangan yang terpaksa aku lalui. Aku juga tidak boleh membuat satu andaian yang awal, aku perlu berpandangan jauh untuk mencapai kejayaan yang boleh membanggakan diri aku suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment