Salam,,
pernahkah korang terfikir bertapa susahnya untuk kita membuat pilihan di dalam kehidupan kita sendiri. kadang-kadang kita terpaksa meminta bantuan orang lain untuk membuat keputusan untuk menentukan jalan hidup kita sendiri. Tapi pernah tak kita fikir sampai bila kita nak buat perkara sebegitu?. Semua ini adalah persoalan yang terpaksa kita selesaikan di dalam kehidupan kita sendiri. Kehidupan kita umpama roda yang sering berputar mengikut aliran pusingan. Kadangkala aliran pusingan itu amat memeritkan. aku cuba mencari adakah tayar yang sudi menjadi kulit kepada roda yang masih tidak mempunyai tayar! Semua itu adalah retorik semata-mata. Kita terpaksa membiarkan perasaan kita meronta-ronta. Aku yakin korang masih tak faham apa yang aku ingin nyatakan di sini sekarangkan?. Haha releks la. Sebenarnya aku ingin menyatakan tentang cinta. Ya memang cinta itu buta. Tetapi korang tahu atau tidak, macam mana seseorang insan yang buta pula terjebak dalam percintaan?. Adakah penglihatannya akan semakin kabur?. Haha tak la sampai macam tu sekali. Sebenarnya cinta bukan dilihat dari segi zahir sahaja. Cinta juga perlu dilihat dari segi batin. Maksudnya cinta tidak bergantung kepada paras rupa ataupun harta benda. Kenapa aku cakap macam ni?. Ya lah macam mana si buta nak jatuh cinta kerana paras rupa, bukankah matanya sudah tidak mempunyai penglihatan?. Justeru itu, mesti ada sebab yang lain mengapa seseorang insan yang buta itu jatuh cinta kepada seseorang insan yang lain. Tidak kiralah sama ada insan itu mempunyai kesempurnaan dari segi fizikal ataupun pancar indra yang mencukupi. Mesti insan yang buta itu jatuh cinta kerana perlakuan orang itu sendiri ke, keikhlasan hatinya untuk berkawan ke, ataupun keiman yang ada dalam diri insan tersebut dan pelbagai lagilah yang aku rasa korang pun boleh fikirkannya sendiri. Sebenarnya apa yang aku ingin jelaskan di sini bahawa si buta pun layak memiliki cinta di dalam hatinya. Kerana yang buta matanya tetapi aku yakin dalam hati masih ada cahaya pelangi yang masih memberi sinar untuk dia melihat cinta yang sebenarnya. Cinta itu tidak buta jika kita melihatnya dari segi zahir dan batin. Ialah dalam agama Islam pun ada menyatakan pilihlah pasangan kamu berdasarkan empat faktor iaitu, pertama agama, keturunan, paras rupa dan akhir sekali ialah harta benda. Jadi marilah kita berdoa kepada Allah supaya kita dipertemukan dengan pasangan yang mulia akhlaknya. Hmm lepas ni terpulanglah korang nak buat penilai macam mana. Kalau korang fikir buruk korang betul tapi kalau korang nak fikir yang baik korang juga betul sebab itu adalah pemikiran korang terpulanglah. Tapi berfikirlah dengan menggunakan akal yang waras dan logik.
Wasalam..